Assalamu'alaikum w.b.t.
Bersyukurlah andai keluarga anda masih di sisi... Ketahuilah bahawa aku sangat cemburu... :')
Talent Time
Yes, alhamdulillah! Rumah Oncidium buat dikir barat jadi juara talent time. Geeeeeee, rasa tak sabar nak cerita kat ibu, abah. Tak sabaaaar sangat nak PB ; pulang bermalam for CNY. Tak sabar nak cerita EVERYTHING yang aku dah lalui kat Seseri. Just...can't wait... :')
Balik dorm, sambung packing barang siketsiket. Borak-borak dengan kawan, semua dengan ketidaksabaran nak balik rumah. Rasa sedih sebab most kawan-kawan balik awal... Abah mungkin sampai pukul 5... Hmm, takpelah...
Dalam pukul 2, pegi gosok baju. Rindu seterika rumah, lagi senang nak gosok, haha. Gosok sampai pukul 3, skip terus makan tengah hari, sebab fikir, boleh makan dengan ibu abah nanti, huhu...
Balik semula dorm, kawan-kawan dah takda... Kesunyian melanda... Tapi sabar jelah, at least ibu abah datang ambil nanti, walaupun lewat siket.. So, uruskan beg lagi & etc etc. Dalam 3.30 ptg, bawak turun beg ke bawah, terus pegi ke public phone.
Public Phone
Tak terfikir awal-awal nak call ibu ayah sebab yelah, like always, ibu abah selalunya selamat je datang KL... Dalam minda fikir, ibu abah mesti dah otw, mesti okay, macam biasa... So, call kawan dulu tapi kawan sibuk, so baru call ibu abah... *i hate this part. Kalau aku tahu, balik dorm lepas talent time, terus aku call ibu abah dulu... :'(( * . Dail numbe ibu... Tutt..Tutt...
" Hello" suara lelaki.
" Err... Hello? " aku salah dail number ke ?
" Siapa ni ? "
" Err.. Najwa.. "
" Awak nak call siapa ni? "
" Call mak... "
" Mak nama apa? "
" Er.. Rosidah.. "
" Mak kerja mana ?"
" Err... Johor.. "
" Ayah kerja mana ? "
" Johor.. "
" Awak kat mana sekarang ? "
" Err.. saya kat KL.. Mak patut amek saya kat KL.. "
" K.. Asrama adik ape? "
" Sains seri puteri... Kat KL.. "
" Ni anak sulung ea ? "
" A'ah.. "
" Boleh bagi tak numbe phone yang awak guna ni... "
" Ni public phone... Numbe warden boleh.. ?
" Ha, okay okay... "
" Cepat ! Duit syiling nak habes ! "
" Okay okay "
Aku pun bagi numbe warden aku.
" Ape nama warden ? "
" Cikgu Norsham "
" Okay..adik..."
Tup. Terputus. Duit syiling pulak dah habes. Tangan menggigil... Aku salah dail ke apa tadi? Takpernah aku salah dail numbe mak aku.. Apsal suara lelaki tu macam polis? Apa dah jadi ni ?
Aku gelabah, cemas, keliru, celaru....
Aku pergi masuk satu dorm, ada kakak kat situ.
" Kakak... Boleh tak saya nak duit syiling... Tadi saya call mak saya.. Laki angkat.. Saya takut.. "
Akak tu terus bukak beg dia & hulurkan duit syiling yang dia ada. Aku berterima kasih sebelum lari semula ke public phone..
Aku call numbe ayah dulu...tak angkat... Call numbe auni...tak angkat.. Call rumah...tak angkat... Aku buntu sangat dah... Aku call semula numbe mak aku & wishing bukan laki tadi angkat...
" Hello "
" Hello... " arghh! Apsal suara laki ni lagi...
" Adik... Saya nak beritahu... "
Please nafikan apa yang dah mula bermain dalam minda aku...please!!!
" Mak ayah adik kemalangan... "
" Subhanallahi Wabihamdihi... " itu jelah yang terkeluar dari bibir aku..
" ... "
Terputus. Dan aku taknak sambung pun. Aku jadi macam...kosong. Betul ke apa aku dengar tadi? Apa ni? Tanpa sedar, aku lari semula ke dorm kakak tadi & menangis kat sisi dia. Dorm kakak tu, Brassidium 2 . Aku tak tahu nape aku lari ke kakak tu.. Aku sangat perlukan seseorang masa tu...
Terima Kasih, Kakak :')
Kakak tadi cemas tengok aku tiba-tiba nangis. Aku nangis & terus nangis... Kakak & kawan dia pujuk aku, tanya, kenapa.. Aku jawab jelah...mak ayah saya kemalangan... Kakak pun terus sabarkan aku. Suruh ingat Allah swt..
Kakak & kawan dia bawak aku jumpa warden. Jalan sana...jalan sini...nak cari warden.. Aku cuma menangis... Berselisih dengan kakak-kakak lain.. Semua tanya, kenapa. Kakak pun jawab jelah antara nak & tak nak.. " mak ayah dia kemalangan.. " dan kakak-kakak tadi terdiam.
Kitaorang sampai ke public phone lain. Kakak pujuk, suruh try call lagi... Aku takut... Kakak pujuk jugak... & kakak yang lain bagikan duit syiling. Nak tak nak, aku call..
" Hello.. " Ya Allah, suara ibu!
" Ibu....... " aku cuma menangis...
" Jangan menangis, kak.. Jangan menangis.. "
Aku hanya diam & menangis.
" Ibu kemalangan..kat hospital ni... " ibu turut menangis..
Aku hanya diam & terus menangis..
" Najwa.. call pak ngah ea.. Biar pak ngah amek.. "
" Ibu.... " aku hanya menangis.. Ada terdengar tangisan kanak-kanak. Ya Allah, aleeya ke tu..
" Jangan nangis, kak... "
Aku hanya diam & menangis sebelum meletak ganggang telefon. Speechless. Terkejut. Bersyukur, aku tau ibu masih ada... Kemudian, call pak ngah..tak angkat.. Call mak ngah..tak angkat.. Call bekas pengasuh aku, ibu pah...tak ada tapi anaknya merangkap kakak angkat aku yang angkat... Aku cerita.. Dia suruh call balik nanti sebab dia nak call ibu pah.. aku hopeless sangat masa tu.. Hopeles... Hanya kepada Allah, aku gantung harapan..
Kakak tadi & kawan dia tanya. Aku jawab jelah, semua orang tak ada... Aku rasa sedih sangat masa tu... Kakak sambung cari warden.. Sampai pergi ke blok Akademik ; jauh sangat. Sampai ganggu meeting pengetua semata-mata demi aku.. & aku dipeluk erat oleh pengetua.. Semua kata " family okay, mak jawab tu, kemalangan kecil je agaknya... " . Tapi tak sapa faham perasaan aku..
Aku tanggung rindu 9hari... Nak jumpa... Rindu sangat... Nak cerita macam-macam.. Nak tunjuk apa yang aku dah belajar kat Seseri.. " ibu! Akak boleh bukak limau pakai garfu... " , nak cerita peraturan dia yang ketat gila, nak bagitahu abah aku tak dapat masok kelab boling, penuh dah... Abah nak sangat aku masuk boling... Nanti abah aku boleh ajar... Abah hebat main boling... & kenangan main boling dengan abah mula muncul dalam minda.. Aku nak banggakan abah..ibu...
Lepas dapat jumpa warden kat bilik mesyuarat tadi & dah bagi maklumat yang diperlukan, kakak bawak semula ke Blok Asrama ; ke dorm dia.
Brassidium 2
Aku hanya menangis.. Kawan kakak tadi dah kena balik.. Kakak suruh rehat & makan..sebab aku tak makan pape lagi.. Tapi aku nak makan dengan ibu abah.. Aku mkan jelah siked... Kakak bagi duit syiling banyak-banyak, buat call apeape nanti. aku nangis & baring atas katil kakak.. Sedar tak sedar, aku tertidur dalam tangisan...
Aku bukak mata, terkejut sebab tertidur. & terus menangis... Kemudian tersenyum kecil.. Di sisi aku, ada Kit Kat & air Milo kotak dengan nota daripada kakak Izni, dengan pesan yang cukup ringkas tapi bermakna ; Ingat Allah :) .
Subhanallah, baiknya kakak-kakak senior.. Taktahu nak terima kasih macam mana. Kakak, thanks :') . & ada jugak kawan-kawan yang sabarkan, bagi nasihat.. Alhamdulillah..
Warden jumpa aku. Bagitahu, mak ngah aku amek. So, cikgu suruh tunggu makcik kat kantin. hmm. Pegi kantin...tengok ramai mak bapak.. Semua nampak gembira dapat jumpa mak ayah.. hati kecil aku terdetik , " bersyukurlah, untunglah, mak ayah korang ada... " . Aku wish keadaan aku macam diorang jugak...tapi...takda rezeki... :') .
Makcik aku sampai dengan teksi... Aku nak nangis kat mak ngah aku, tapi mak ngah aku banyak diam. Mak ngah tanya, macam mana tahu, so aku cerita.. Mak ngah cakap, mak stabil, semua stabil, so aku macam tenang.. Aku bayangkan, abah mungkin patah kaki..
Otw ke Johor
Aku dibawa ke rumah mak ngah kt ukay perdana. & aku ada seorang sepupu lelaki sebaya, Azizi. Dialah yang teman aku... & langsung tak mention apa-apa pasal apa yang dah jadi.. Aku tahu, dia nak buat aku gembira.. & yes Azizi, aku gembira saat itu :) .
Masa kat rumah kakak dia, time tengah tengok rumput & pokok2, sedar tak sedar, aku nyanyi lagu nasyid Seseri & dia ada, dengar..
Cintakan bunga, kan layu..
Cintakan orang, kan mati..
Cintakan Allah, kekal abadi..
Itulah dia, cinta hakiki..
Aku taktahu, kenapa rasa nak sangat nyanyi masa tu...tak dapat kawal..
& Zizi, shut up, aku tau suara aku tak sedap :P .
Dia layan aku macam puteri raja.. Pegi petronas, beli macam-macam, tapi last-last semua bagi aku. Pegi makan sate kat R&R, borak macam-macam. Yeah, im happy :)
Kau tanya napa aku gelak masa keluar dari toilet. Aku gelak sebab kau macam mamat psycho ; aku pegi toilet pun nak tunggu kat luar. LOL :)
& lagi macam psycho sebab dalam kereta, kerja kau, tenung muka aku. Takda kerja kan? Pastu sengih-sengih. LOL. Rasa nak belasah je. Finally, aku tertidur...
Abah...
Aku sampai rumah kampung kat parit bakar pukul 1pagi . Dah nampak sedara berkumpul depan rumah, tunggu kitorang. Kesedihan meneyelubungi hati aku semula... Hilang semua rasa gembira tadi.. Sedih...
Makcik-makcik aku peluk aku, cakap, " maaf makcik tak bagitahu, makcik tak sanggup... " .. Aku ambil masa berfikir sebelum tanya, apa yang makcik tak bagitahu? Aku curious sangat masa tu..
Aku dibawa masuk ke dalam rumah, dan...aku nampak sekujur badan yang dah diselimut.. Otak aku ambil masa nak interpret data ; siapa tu. Ibu ? tak, tadi ibu jawab call. Auni? takkan.. badan tu tinggi.. Alya? Hanafi? Abah? Abah... Abah... Abah...
Aku meluru ke sisi abah & menangis. Terus teringat semua dosa-dosa yang aku dah buat & aku langsung tak sempat minta maaf.. Macam mana pasal nak main boling? Nanti nak amek Anugerah Cemerlang kt Saujana, siapa nak teman? Tapi yang paling aku terkilan...aku tak sempat minta maaf... :'(
Satu paling aku harap masa tu ; abah hidup semula walau sekejap.. Aku nak tatap muka abah..
Aku hanya menangis kat sisi abah.. Nak baca Yaasin, tak boleh.. Aku baring sebelah abah, peluk bantal, dengar bacaan Yaasin.. Damai hati rasa dengar ayat Al-Quran.. Aku baring atas riba sepupu ; Kak Yana, Ila... & hayati bacaan... Rasa sakit bila aku dapat tangkap tajwid yang salah.. Takut abah sakit.. Bila bacaan yaasin habes, aku rasa sedih... Aku nak rumah tu terus ada bacaan yaasin.. Aku takboleh nak baca, zikir jelah.. Nak baca Al-Fatihah tapi rasa macam lemah sangat..
Aku ada dibawak ke wad.. Tengok auni.. Tengok hanafi.. Tapi yang paling sedih, tengok ibu & aleeya.. Alya, akak rindu adik.. Aku bersyukur, adikadik & ibu aku selamat, alhamdulillah.. :") .
Malam tu jugak, ada kawan-kawan abah datang. aku rasa bahagia sangat.. Mesti abah suka.. :')
PERWIRA ; iloveyouu :')
Alhamdulillah, abah selamat dikebumikan pukul 11 pagi hari Sabtu rasanya.. sebab, makcik aku kata, masa alya kat hospital, pukul 11 pagi tu, tiba-tiba alya jerit.. " Abah! Abah! " .. hmmm :') . Kawan abah kata, hari jumaat tu, abah pakai hensem2 untuk sambut maulidur rasul kat sekolah...and kata " ni Maulidur Rasul aku yang terakhir.. " .. and ada buat sajak untuk aku.. :') .. Di akhir hayat abah, abah sempat buat macam-macam untuk kami sekeluarga, tapi aku ? aku tak sempat mintak maaf.. :'( .. aku tak sempat tatap.. Aku menyesal tak peluk abah masa nak pisah duk asrama.. Ya Allah, andainya aku tahu.. :'(
kan.. Andai kita tahu hari terakhir seseorang itu, mesti kita buad macam-macam kat dia.. :')
Kalau aku tahu, aku nak beli sportshoes yang abah cadangkan..
Kalau aku tahu, aku nak beli barang sama-sama dengan abah..
Kalau aku tahu, aku taknak buat muka masa abah nasihat aku..
Kalau aku tahu, aku nak peluk abah puas-puas..
Kalau aku tahu, aku nak minta maaf sangat-sangat..
Kalaulah aku tahu...aku nak berbakti kepada abah dengan bersungguh-sungguh..
Sekarang, aku cuma boleh tatap gambar & sedekah Al-Fatihah..
Aku sedar, abah taknak air mata, abah nak doa.. :')
Andai masa boleh diputarkan...
Demi masa. Seseungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman & beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran & kesabaran..
Jagalah & hargailah ibu bapa anda. Thanks baca luahan hatiku.. :')
Maaf buat semua rakan yang texts & panggilan tidak berjawab, ketika itu, diri masih terhuyung-hayang..
Assalamu'alaikum :)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^