Baru-baru ni, ada sahabat aku meninggal dunia. Tersentak, demi Allah. Termangu. Kemudian aku buat keputusan untuk taknak percaya selagi belum ada kesahihan daripada ahli keluarga.
Gila, soal kematian bukan benda main-main. Aku taulah, aku dah lalui.
Few moments after that, memang dah dapat kesahihan daripada kakaknya. I cried. It's always painful to lose someone even rapat ke tak rapat. He was once so close to me, and yet so far, but we were still friend somehow. He had lighten up my world. Dia warna jingga dalam hidup aku; warna yang sangat ceria. Sentiasa menceriakan suasana. Bila dia berduka lara, orang lain akan terasa sedih sebab kehilangan keceriaannya.
Sekarang kau dah takde weh. Kau tau tak kitaorang semua dah hilang salah satu sumber keceriaan dalam hidup. Kenapa begitu pantas? Allahu.
Pelan-pelan, aku mula terfikir. Sorang-sorang mula pergi dari hidup aku. Atuk nenek aku semua dah takde sejak primary school. Abah pun dah pergi, ikut arwah nenek atuk semua. Sekarang kawan aku. Seterusnya?
Persoalan itu buat aku ketakutan kadang-kadang. Takut, Ya Allah. Seterusnya?
Few days before dapat berita kawan aku meninggal dunia, kawan aku kat asrama jatuh sakit. Terbaring atas katil, teresak-esak, sesak nafas. Sungguh, saat tu aku dah sangat takut. Makin cuak bila dia mula mintak baca yaasin, mula minta maaf kat kawan-kawan. Payah ah.
Bila dia macam tu, aku teringat yang dia pernah cakap, yang aku mesti akan rindukan dia keluar asrama nanti. Aku dengan heartless jawab, "takkan !!!" Macam konfiden. Ego je senanya.
Dan pada saat dia terlantar kesakitan camtu, aku menyesal dengan jawapan aku tu. Aku baru sedar, aku akan sangatsangatsangat merindui dia lepas keluar asrama. Aku menyesal. & I learn from my lesson. Aku takkan cakap macam tu lagi. In Shaa Allah. Aku akan rindu kau. Jangan tinggal aku..
Sebab aku dah tau, aku dah rasa, macam mana peritnya kehilangan orang yang tersayang. Dan hanya Allah je yang tau penyesalan yang aku tanggung bilamana orangnya telah pergi.. Tanpa kata maaf meniti pada bibir aku sebelum dia pergi. Tanpa kata penghargaan semudah "terima kasih" meluncur dari mulut aku. Apatah lagi kata-kata sayang, betapa pentingnya dia dalam hidup.
Dan bila dia dah pergi, hal itu menjadi benda dalam wishlist. Top wishlist. Wish yang dah terlambat. Wish yang mustahil untuk direalisasikan. Wish yang bersulamkan penyesalan.
Padan dengan muka.
Bila aku bukak wall fb orang-orang yang dah pergi dari hidup aku, pelbagai kata penghargaan, sayang, rindu, maaf, doa dan sebagainya. Tiada katakata negatif pasal orang tersebut.
Mengapa? Mengapa baru kini?
Takkan kita nak tunggu bila orang tu dah takde dalam hidup, baru kita nak ucap semua benda ni? Baru kita nak tunjuk perasaan sebenar kita pada orang tu. Dan saat tu, apa je yang kita dapat? Ape je yang dia dapat?
Kenapa baru nak cakap? Kenapa?! Selama ni apa yang menghalang?!
Ego?
Takde masa?
Sibuk?
Taknak mengalah?
Tak sedar kepentingan dia?
Takboleh nak maafkan kesalahan dia?
Takrasa benda ni penting?
Takingat yang suatu hari nanti...
dia akan pergi...
Dan saat tu kita hanya mampu menangisi segala saat yang kita dah sia-siakan saat dia masih ada... saat dia masih dekat sangat di sisi kita... saat dia masih setia teman disamping kita...
Kalau boleh, sekarang, kita ucapkanlah katakata tu semua saat orang yang kita sayang masih lagi mampu mendengar. Minta maaf saat hati dia masih berupaya memaafkan. Maafkanlah saat dia masih ada dan bersungguh-sungguh minta maaf. Ucapkan sayang dan terima kasih saat senyuman dia masih mampu terukir di bibir. Kita takkan pernah tahu bila dia akan pergi... taknaklah menyesal nanti.. :'(
Memang kematian adalah lumrah. Yang hidup akan mati. Tapi sakit kehilangan itu akan sentiasa berbekas di hati. Perit menanggung penyesalan akan sentiasa membelit hati. Kematian memang perkara biasa, tetapi luar biasa sakitnya buat hati yang menanggung.
Sekarang, sebelum terlambat. Pesan-pesan pada sahabat dan yang lain. Pesan juga kembali pada diriku andai alpa. Sungguh, aku akan diuji dengan perkara yang aku lafazkan. Maaf, andai ada kata yang mengguris.
Assalamualaikum,
Ain Najwa Othman
http://www.ainnajwaothman.blogspot.com
http://www.ainnajwaothman.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3