Tuesday, November 6, 2012

Hati saya sakit, awaaaak :(

As'salam.

hey awak.

awakk ,
apa salaaah saya pada awak ?
tolonglah terangkan ! saya tak suka keadaan macam ni !
saya rinduu awak yang dulu ,
sungguh saya rindu .
rindu !

Awakk ,

Masa tu , saya nampak awak .
jantung saya berdebar.
sebab dah lama kita tak saling tegur ,
setelah episod itu.

saya tahu saya salah ,
kita sama-sama salah.
tapi , janganlah diam macam ni , tak suka !
awak buat saya lagi sengsara ):

Bila saya nampak awak ,
saya cuba buat-buat okay ,
buat-buat macam kita mesra seperti dulu ,
gembira seperti dulu ,
tapi awak tak pedulikan saya.

saya menangis dalam hati.

Lepas awak dah langsung tak pedulikan saya ,
saya jadi tertekan.
saya cuba fikir jalan penyelesaian ,
tapi tak jumpa-jumpa sebab awak semakin jauh.

saya cuma mampu perhati awak ,
gembiranya awak bersama kawan-kawan awak yang lain.
sikit pun awak tak pandang saya ,
apatah lagi nak curi-curi jeling ke.

tak ada.

Hati saya semakin sakit dari hari ke hari.
saya cuba buat-buat tak kesah dengan apa yang awak buat ,
tapi saya tak mampu.

Kelmarin , saya nampak awak lagi.
Tapi awak tak nampak saya pun ,
sebab awak sibuk dengan kawan-kawan awak.
bila saya nampak awak kat situ , hati saya terus jadi sakit.
dan badan saya terus berpaling .
saya jalan laju-laju menjauhi awak

saya tak mampu nak hadapi awak.

dan itu pertama kali , saya mengelak dari awak.

Sekarang, saya seperti hidup dalam ketakutan.
dengar je suara awak , saya nak lari.
saya betul-betul sakit.

tapi saya tak mampu berhenti menyayangi awak.
saya tak mampu berhenti berdoa moga hubungan kita pulih semula.
saya tak mampu berhenti berharap agar awak datang semula pada saya.

tak mampu.

Bila saya buka FB , saya nak cek profile awak.
hati saya hancur lagi.

awak dah remove saya.

Bila saya cek FB awak gune account kawan saya ,
wall awak penuh komen-komen awak dengan kawan awak.
takda satu pun berkaitan dengan saya.

betapa tak bermaknanya saya pada mata awak.

saya semakin sakit. pedih.

Tiada lagi senyuman awak untuk menghiasi hari saya ,
Tiada lagi gelak tawa awak untuk menceriakan hari saya ,
Tiada lagi keletah nakal awak untuk mengindahkan hari saya.

tiada.

semua sudah semakin hilang.

Di sini , saya coretkan segala kepedihan hati saya.
berharap awak faham dan peduli.
tapi mungkin awak tak ambil kisah pun.
saya tau saya tiada makna dalam hidup awak ,
tapi awak adalah salah seorang yang saya sayang.

sangat sayang.

saya takkan berhenti berharap , smua ini hanya mimpi ngeri ,
saya takkan berhenti berharap yang mimpi ini akan berakhir ,
saya takkan berhanti berharap yang saya akan sedar dari tidur ini.
dan lalui hari-hari macam kita biasa lalui sama-sama.

yakinkan saya yang semua ini hanya mimpi, kan ?



Bismillahirramanirrahim , Assalamu'alaikum

 Benda ni dah lama aku simpan dalam draft. Tahun lepas rasanya. Saja bukak balek draft, terjumpa semula benda ni.

Perah punye perah punye perah otak, rupa-rupanya ni pasal aku dengan sorang kawan aku.

Kawan PEREMPUAN aku. Bunyik macam putus cinta je kan? Kikih :P

Aku pun dok fiker pasal siapa aku cakap ni, rupa-rupanya budak uh, haha.

Sekarang dah elok dah. Takda ape pun actually. Aku yang emo sangat & salah faham.

Wahai sahabat.. *macam penglipur lara, kuikui ;

Selamatkan hatimu daripada syak wasangka. Sesungguhnya itu bisikan syaitan.

Bersangka baik lah sentiasa. Didik diri pandang orang dengan kasih sayang.

Aku pun masih mencuba. hewww ~

Syukran jazilan for reading. Moga ada manfaat ;)





Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

1 comment:

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3