Saturday, March 30, 2013

Pabila Rindu Bertamu Dalam Sukma..

Assalamu'alaikum wrt wbt :)



Jari jemari terpinga-pinga cuba menafsirkan apa yang sedang bermain di minda. Pelbagai perkara sarat menghuni fikiran seterusnya jemari menjadi buntu di atas papan kekunci.
 
Apa yang aku cuba nak cakap ni ?
 
 
 

Maaf atas intro yang sangat pelik sebentar tadi, hehe.


Well. Life's getting tough. Acap kali semangat melayang untuk terus berjihad di bumi SESERI, yeah.

Kepergian abah hampir merentap semangat untuk hidup berjauhan daripada ibu & adik-adik. Tapi bila mengenangkan harapan abah yang menggunung tinggi untuk melihat anaknya yang nakal ni berjaya, aku gagahkan diri untuk kembali ke bumi SESERI, yeah. *asyik yeah je, LOL .

Sajak ni dinukil oleh abah beberapa hari sebelum aku mendaftarkan diri ke SESERI ;

Kembara sejahtera


kembaramu akan makin menjauh
merentasi rimba luas
dan ladang ilmu
menuruni cenuram curam
juga gaung yang dalam
mengejar suci cita-cita

di manapun singgahmu nanti
ke manapun hentianmu nanti
jadilah manusia yang punya harga diri
jadilah insan yang tinggi maruah
sematkan kesederhanaan jiwa
juga santun berbahasa
untuk kau menjadi manusia
yang penuh kemanusiaan

andai jaya mendakapmu
andai puji menyapamu
hindarilah sombong angkuh
ketepikan ranting rapuh
yang akan membuatmu jatuh
tersungkur tanpa syukur

kami akan sentiasa menjadi pohon
menghulur dahan kukuh
juga daunan merimbun
untuk kau terus berteduh
imanmu jangan menjauh
hati dan jiwamu harus ampuh
dunia kadangkala terlalu angkuh
merempuh dan merengkuh

moga selamat perjalananmu
mencari pilihanmu
untuk hati dan jiwa
untuk hidup dan masa depan
untuk cita-cita dan cinta
juga untuk aman dan iman

selamatlah untukmu
sejahteralah kembaramu
kami ingin menanti
dengan bahagia firdausi..
(nurman ismail@muar@250113@8:10mlm)


* rindu mula menghambat rasa, ergh...


Semangat abah lah aku jadikan semangat untuk teruskan kehidupan kat SESERI.. :)

Walau terkadang, gelora rindu taktertahan dalam atma, aku gagahkan diri juga merenang lautan rindu demi menggenggam kejayaan di seberang. Huhuk

Kadang kala, aku cuba luahkan pada insan di sisi tapi...mereka lebih banyak berdiam dari memberi reaksi. Entah, aku juga bingung, hmm.

Sejak kepergian ayahanda, semangatku untuk memartabatkan Bahasa Malaysia menjulang tinggi. Oleh sebab itu, aku menyertai pantun, bahas, pertandingan sajak dan sebagainya. Dengan cara ini, aku dapat melunaskan rinduku pada abah, dan tersenyum sendiri membayangkan wajah abah yang pastinya berbangga dengan aku..

Rindu pada abah sentiasa ada. Hanya gambar yang dilekat pada loker menjadi pengubat sanubari. Kadangkala hati jadi tak keruan pabila menatap gambar abah.. Rinduu.. huhuk..

Baru-baru ni, alhamdulillah, menang pantun. Hanya Allah swt yang tahu betapa sayunya hati ini kerana abah tiada untuk berbangga dengan kejayaanku..

Masih terasa hangat dakapan abah masa hari keputusan PMR diumumkan.. Allah..

Tahun 2012 adalah tahun aku & abah. Awal-awal sekolah rasa macam lawak jelah, abah sendiri jadi guru kelas? Bayangkan. Tertanya-tanya, macam mana nak survive ni? Hee.

Banyak jugaklah selisih faham dengan abah dalam kelas. Yelah, aku kan nakal *gelak. Tapi, tiap kali aku merajuk dengan abah, abah mesti akan datang kat aku, then usap kepala aku.. :')

*nangis*

As anak abah, aku selalu impikan dapat bersajak dengan abah atas pentas kat Saujana, haha. Teringin aku baca sajak then abah tiup seruling. Selalu terbayang macam tu. Mesti best, kan? Haha sayang tak dapat. Alih-alih bersajak dengan Ariessa, haha. Tapi kira seronok dilatih oleh abah. Rasa lagi seronok tengok abah bangga dengan aku, itu yang paling aku suka.. :') .

Selama kat Saujana, aku fikir satu, buat abah bangga. Masa Form 2, aku dapat B Geografi.. Aku tau abah kecewa.. &..*sory cikgu* , aku terdengar cikgu-cikgu lain kata.." Ayah ajar Geografi, tapi anak dapat B Geografi.." dan aku tau abah rasa sangat malu dengan tu.. naik Form 3, satu azam aku, buat abah bangga. So, thats why, selalu buat yang terbaik untuk semua benda, nak abah bangga..

Banyaaak sangat kenangan dengan abah mulai aku sekolah kat Saujana.. Dari berteduh bawah jambatan masa otw nak balek rumah naik motor dengan abah sampailah kena marah dengan abah sebab lama sangat solat, haha.

hmm.. Majlis Anugerah Cemerlang nanti, takda dah abah untuk jadi fotografer aku.. :')

Selalu, dari tadika lagi, abahlah yang akan jadi tukang amek gambar masa anugerah cemerlang, haha.

Takde dah.. :')

Alahai abah, rindunyalah, erm... Kalau ikut akal gila ni, nak doa abah hidup semua, kejap pun jadilah, tapi, haha..

Haih aku ni..kata redha, tapi, hm.. still take time agaknya..

Majlis Anugerah Cemerlang aku 20.4 ni. Surat dari skolah dh sampai umah, heeee, excited sangat..

Tak sabar nak melawat Saujana semula.. Satu tempat paling aku rindu..meja abah kat bilik guru.. :')

Taktau siapa dh duduk situ.. Tapi satu benda aku mesti buat masa datang Saujana nanti, masuk bilik guru & tengok meja abah.. dari jauh pun jadilah.. :') . ouhh && sofa dalam staffroom jugak. Abah selalu tidur sambil duduk kat situ sementara tunggu aku habis kelas tambahan, hehe. Kesian..

Besar pengorbanan abah untuk aku, lebih-lebih masa aku fom 1 & 2.. kena amek aku petang-petang.. kadang2 hujan.. kena sabar dengan aku sebab selalu tertidur atas motor sampai boleh terjatuh, hehe.

Then malam pergi tuisyen dengan abah.. Abah jadi cikgu sendiri lagi, haha. Memang tahun 2012, banyak masa dengan abah.. em..

Paling best masa minggu2 PMR. nak masuk dewan je, ada orang untuk dipeluk & dicium, hehe. Cuz abah akan selalu teman before masuk dewan, hee. Macam budak manja pulak aku, but actually, yes, aku budak manja. 15 tahun bermanja dengan abah, & aku belum puas lagi.. :')

Seminggu cuti ni, dapatlah jenguk pusara abah, huhu.. Dapatlah bagitau abah yang anak nakal & comel dia ni menang pantun, hehe. Abah bangga tak..? Mestilah takda jawapan yang aku dapat, tapi aku tau, abah bangga.. :DD .

Apasal banyak melalut sangat ni, heee. Rinduu.. Ni je cara ubat rindu, walaupun penat lap air mata, hee. Tapi dah jumpa lagi satu cara ; sedekahkan Al-Fatihah.. Thanks rainbow.. :)

Esok ( Ahad ) kena balik asrama. Naik bas. Nak belajar. hee.

Lihatlah abah, anakmu ini membesar.. :') heee. Melalut lagi, emmm

*scroll atas*

Eh panjangnya melalut, haha. Alhamdulillah seronok dapat imbau kenangan. huhu..

K, nak sambung pack barang. Homework pun agak tak siap, hehe.


Assalamu'alaikum , syukran jiddan :') . Love you Abah..


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

2 comments:

  1. semoga wawa tabah, hadapi dugaan ini..Abah wawa memang hebat :)

    ReplyDelete
  2. Comelnye nukilan, secomel n setabah tuannya..insyaAllah abah pasti menanti di syurga n menunggu aiwa utk berpimpinan tgn bersama keluarga.. :)

    ReplyDelete

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3