Friday, November 2, 2012

" Boleh berkenalan tak? :3 "

Bismillahirramanirrahim , Assalamu'alaikum


Malam ni cakap benda sempoi siketlah. Takpekan ? Heww.

PEREMPUAN ! Biasa tak dapat number takkenal buad miskol ke , hantar text 'Hye' ke , ape ke. Aku rasa tak terang pun korang dah faham ape mainpoin akuh nihh.


Aku antara yang kena jugak. Masa tengah jadi budak tak matang dulu, dengan ilmu agama pun kureng, bila dapat 'kacaukacau' macam ni, boleh tersengih-sengih depan fon, konon ingat diri popular sampai laki tak dikenali pun nak kenal.*malu bila ingat semula.


Awal-awal, senangg je melayan orang. Konon friendly lah kan. Cehh. Laki pulak dengan macam-macam cakap nak ayat orang. Cehh.


Ada yang kawan-kawan laki saja nak kacau. Ada sepupu-sepapat kepada kawan-kawan laki. Ada kawan-kawan laki kepada kawan-kawan laki. *haduii banyaknye laki


Bila layan, takut jadi cerita laen. Bila tak layan, takut kena label sombong. Haihhh manusia.


Macam-macam ragam ada. Ada yang dengan jiwangnya. Ada yang dengan ayat manisnya. Ada yang straight forward mintak couple. Ada yang nak berkenalan.


Ada sesetengah yang aku layan dapat jadi kawan yang baik. *okay, start teringat kawan tu. Tapi memang dah lama takdengar & taktau khabar. Biaselah, perkenalan macam tuh memang tak ke mana :') . Kalau orang tersebut membaca, thanks pernah jadi kawan aku & teruskanlah kehidupan, kbye .


Tapi ada satu kes yang aku tak tahan nak gelak. Dia kacau aku. Aku tanya mana dapat number. Boleh pulak bagitau dapat number aku kat BUS STOP. Awal- awal macam 'what-are-you-crazy-kau-biar-betol' jadinya. Tapi akhir-akhir jadi lawak. Kreatif giler. Boleh pulak dapat number aku kat bus stop. Nampak benor menipu. Lol.


So kepada yang sedar dirinya ialah WANITA, take note. Don't simply bagi number fon kat lelaki even kepada kawan-kawan laki sendiri. Korang taktau number fon tuh boleh terbang sampai ke negeri-negeri lain. Jangan main-main ~


And, takpayahlah layan. Try terang leklok kalau boleh kalau diri jenis yang tak suka sakitkan hati orang. Tapi wanita yang hebat adalah yang mampu buat taktau sahaja kepada oarang tersebut ;)


Kenapa takboleh layan? Oh fahamfaham, kadang-kadang kita saja nak tambah kawan, kan.


Bukan ape, wanita adalah kelemahan lelaki. Kat Malaysia *kat dunia jugak , kita semakin ketandusan lelaki yang berwibawa, berkarisma, berkaliber dan yang utama, yang BERIMAN, jaaaaadi kita sebagai perempuan tolong laki-laki ni dengan tidak melayan dorang cuz semakin kita melayan dorang, semakin kita melemahkan dorang. Doakan dorang menjadi lelaki yang baik :)


Alternatif lain, kalau dorang mintak nak kenal, bagi jelah number ayah korang kepada dorang. Lelaki yang serius & bertanggungjawab akan terus nak mengenali korang dengan jalan yang diredhai Allah. Lelaki macam inilah yang kita maaau, kan wanitaa ^^


Kepada laki-laki yang membaca, mohon maaf kalau terasa. Bukan ape, wanita memerlukanmu *cehh* untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Jadi, jangan buat kami hanyut dengan madah-madah indah kamu. Memang sangat manis namun penuh berduri. Kalau akhirnya kamu hanya akan tinggalkan kami, jadi awal-awal janganlah hanyutkan kami. *walaupun kami tau korang memang suka nak tackle^2 kami -,-' .


Lelaki, kamu bakal menjadi seorang PEMIMPIN yang perlu kami taati. Jadi, tingkatkanlah iman kamu dan perbaikilah diri kamu kerana bukan mudah bagi kami untuk mentaati manusia yang memang tak sempurna. Sedangkan dengan Allah pun kami masih gagal hendak mentaati dengan baik, apatah lagi kamu. Jadi, jagalah imanmu dan jadilah lelaki yang baik.Senang siket nak taat , heww ^^


Wanita, baiki diri jugak tauu. Berusaha jadi wanita solehah. Janji Allah, wanita baik dengan lakii baik ^^


Panjang betul aku bebel. Harap ada dapatan yang bermanfaat daripada entry ni, Insya Allah :)


Maaf dipinta daripada hamba Allah yang khilaf ini.


Syukran Jazilan










Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

5 comments:

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3