Tuesday, October 30, 2012

Allah tak sayang aku ke ? :(

Assalamu'alaikum , Bismillahirrahmanirrahim




" Ya Allah, ujian-Mu datang lagi. Kenapa ya Allah, adakah kau tidak sayang kepada diri ini ? Bukankah Engkau Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ? "


*istighfar*


*tariknafas*


*berfikir*


Aku mengambil masa sejenak. Berfikir & berfikir. Atas sebab apa Allah menduga aku. Perlukah sebenarnya ujian dalam kehidupan? Bukankah ujian itu menyakitkan? Benarkah ujian tanda kasih & sayang-Nya ?

Let's imagine a life with & without ujian ~

***

RESULT EXAM

( without ujian )

Nana seorang budak yang pandai. Setiap kali exam, dia dapat nombor satu. Dia sampai dah takada 'feel' dapat nombor satu. Sampai macam dah rasa bosan belajar. Dah asyik dapat nombor satu jehh. Takbelajar pun nombor satu. Tak ke boring tu ? Sampai selamanya dia nombor satu tapi dia dah takada apa-apa perasaan pasal kejayaan dia tu.


(with ujian)

Nana seorang budak yang pandai. Setiap kali exam, dia dapat nombor satu. Dia sampai dah takada 'feel' dapat nombor satu. Sampai macam dah rasa bosan belajar. Dah asyik dapat nombor satu jehh. Takbelajar pun nombor satu. Tak ke boring tu ? Sampailah satu hari, result dia jadi teruk sangat. Jatuh ke nombor 11 ! Awal-awal, dia gila frust. Then dia sedar, salah dia jugak. Tak belajar. Main-main. Over-confident. Jadi, dia bangkit balik dengan semangat baru & berusaha dengan lebih baik. Next exam, Alhamdulillah dia berjaya mendapat nombor satu & dia mula faham nikmat usaha & kejayaan.


***


Kesimpulannya, hidup perlukan ujian. Tanpa ujian, kita akan menjadi semakin lemah & hilang hala tuju. Tanpa ujian, kita tidak belajar nikmat kesyukuran. Tanpa ujian, kita mungkin akan jadi lebih jauh daripada Tuhan. Tanpa ujian, siapalah kita sekarang pada hari ini ; yang lebih matang :)


Allah juga sudah kata pada kita, bahawa Dia tidak akan memberikan ujian yang tidak terpikul oleh kita. Jadi, jangan takut hadapi ujian. Jangan berburuk sangka apabila ujian menimpa. Istighfar cepat-cepat. Dan senyumlah dengan penuh keyakinan bahawa ujian itu tanda kasih & sayang-Nya :)


Cuba kaitkan ujian dengan masakan dan garam. Hampir setiap masakan perlukan garam, bukan ? Dan kita meletakkan garam mengikut kuantiti yang diperlukan, bukan ? Masakan yang terlebih garam tidak baik untuk kesihatan, bukan? Dan masakan tanpa garam pula sangat takbest, bukan ?


Begitu juga dengan ujian! Allah timpakan kita ujian agar kita lebih faham dan lebih menghargai kehidupan kita. Kehidupan perlukan ujian. Dan Allah timpakan ujian yang sesuai dengan kehidupan kita. Allah tidak timpakan ujian yang tidak terpikul oleh kita kerana itu akan memudaratkan diri kita.Namun, Allah tetap bagi ujian kerana hidup tanpa ujian sangat takbest. 


Orang yang berasakan dirinya tiada masalah ialah orang yang paling bermasalah.

Hakikatnya, semua orang ada masalah, ada ujian. Jangan cepat menilai kehidupan orang lain. Nampak orang kaya, ingat life dorang sempurna. Nampak orang cantik/hensem, rasa dorang manusia sempurna. Nampak budak pandai siked, fikir dorang hidup sempurna. 


Tidak, sayangku. Semua orang ada masalah :)


Terfikir macam mana nak hadapi ujian ? Yelah, bukan semudah itu, kannn .


Dekatkan diri kepada Allah, kerana Dialah yang menurunkan ujian maka hanya Dia yang mampu memberi kamu kekuatan dan jalan keluar :)


Terfikir pulak, macam mana nak dekatkan diri kepada-Nya ?


Majoriti antara kita TAHU macam mana nak dekat dengan-Nya tapi kadang-kadang kita saja BUAT TAK TAHU. Kalian mesti tau, bukan ? Jangan camtu, kawannn ~


Jummm, baiki diri. Kita sama-sama berusaha menjadi manusia berguna ^^


Semua yang buruk, datang daripada saya. Yang baik, datang daripada Allah.


Syukran Jazilan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

No comments:

Post a Comment

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3