Friday, October 28, 2011

Bedah Siasat Buku Teks ~

Salam , another post, nak balas dendam malam ni, kekeh.

.....

" Baiklah, apa hasil yang telah anda peroleh, Inspektor Najwa ? "

" Baiklah Tuan, hasil bedah siasat yang telah dijalankan menunjukkan pelbagai perkara yang menarik "

" Menarik ? Jelaskan dengan lebih terperinci . "

" Baiklah Tuan , saya telah pun menjalankan siasatan terhadap hampir semua buku teks para pelajar dan ini hasilnya :- "


Pelajar Nerd :-
Ciri-ciri :


  • pelbagai contengan pada setiap muka surat yang berkaitan dengan pelajaran
  • penggunaan highlighter pada kata-kata kunci
  • tiada sebarang contengan yang tidak bermanfaat
  • buku agak hancur ( kerap digunakan untuk ulang kaji )
  • ada nerdy yang menjaga buku dengan kemas

Pelajar Cerewet :-
Ciri-ciri :

  • semua buku berbalut
  • tiada contengan 
  • muka surat tidak terlipat atau dilipat
  • masih ada bau buku
  • menyimpan dendam terhadap pemilik buku sebelum ( buku tidak dijaga )


Pelajar Bermasalah :-
Ciri-ciri :


  • lebih daripada satu buku hilang
  • buku sentiasa di rumah
  • tiada perubahan pada buku sebelum dan selepas diguna
  • nama tidak ditulis pada semua buku
  • pelajar lain yang menggunakan bukunya


Pelajar Kreatif :-
Ciri-ciri :


  • pelbagai lukisan dan contengan
  • terdapat dialog pada gambar-gambar dalam buku
  • menghias mana-mana bahagian yang digemari
  • menggunakan highlighter untuk menconteng
  • pasti ada sesuatu pada setiap muka surat


Pelajar yang suka Mengelamun :-
Ciri-ciri :

  • terdapat nama-nama orang ditulis
  • terdapat lirik-lirik lagu cinta
  • terdapat tulisan luahan hati
  • terdapat simbol-simbol smiley
  • sedikit contengan atau lukisan


Pelajar Sosial  / UpToDate :-
Ciri-ciri :


  • terdapat nombor telefon rakan-rakan
  • penggunaan bahasa Inggeris
  • penggunaan ayat-ayat semasa ( Cth : OMG, yaww, pown,  etc )
  • penggunaan perkataan singkatan
  • ada perkataan yang agak kesat * tidak semua


 Pelajar Sibuk :-
Ciri-ciri :


  • pelbagai kertas diselitkan
  • mencatat perkara-perkara penting pada muka surat
  • buku tidak hilang ( pelbagai benda penting dalam buku )
  • buku selalu diletakkan bawah meja
  • menggunakan apa-apa sahaja buku untuk mencatat

" Itu sahaja , Tuan "

" Bagus. Hasil bedah siasat yang sangat terperinci. Tahniah ! "

...........

So, korang yang mana satu ? :3

salam (:

BOOKS Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

No comments:

Post a Comment

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3