Saturday, July 16, 2011

Hati sayaa terlukaa ! :'(

Salam.

hey awak.

awakk ,
apa salaaah saya pada awak ?
tolonglah terangkan ! saya tak suka keadaan macam ni !
saya rinduu awak yang dulu ,
sungguh saya rindu .
rindu !

Awakk ,

Masa tu , saya nampak awak .
jantung saya berdebar.
sebab dah lama kita tak saling tegur ,
setelah episod itu.

saya tahu saya salah , 
kita sama-sama salah.
tapi , janganlah diam macam ni , tak suka !
awak buat saya lagi sengsara ):

Bila saya nampak awak ,
saya cuba buat-buat okay ,
buat-buat macam kita mesra seperti dulu ,
gembira seperti dulu ,
tapi awak tak pedulikan saya.

Saya kuatkan diri saya juga untuk tegur awak.
saya paksa diri saya senyum ,
saya sapa awak baik-baik , tapi ,

Awak hanya berlalu. Pergi. dan semakin jauh.

Saya menangis dalam hati.

Lepas awak dah langsung tak pedulikan saya ,
saya jadi tertekan.
saya cuba fikir jalan penyelesaian ,
tapi tak jumpa-jumpa sebab awak semakin jauh.

Saya cuma mampu perhati awak ,
gembiranya awak bersama kawan-kawan awak yang lain.
sikit pun awak tak pandang saya , 
apatah lagi nak curi-curi jeling ke.

Tak ada.

Hati saya semakin sakit dari hari ke hari.
saya cuba buat-buat tak kesah dengan apa yang awak buat ,
tapi saya tak mampu.

Kelmarin , saya nampak awak lagi.
Tapi awak tak nampak saya pun ,
sebab awak sibuk dengan kawan-kawan awak.
bila saya nampak awak kat situ , hati saya terus jadi sakit.
dan badan saya terus berpaling .
saya jalan laju-laju menjauhi awak

Saya tak kuat nak hadapi awak.

Dan itu pertama kali , saya mengelak dari awak.

Sekarang, saya seperti hidup dalam ketakutan.
dengar je suara awak , saya nak lari.
saya betul-betul sakit.

Tapi saya tak mampu berhenti menyayangi awak.
saya tak mampu berhenti berdoa moga hubungan kita pulih semula.
saya tak mampu berhenti berharap agar awak datang semula pada saya.

Tak mampu.

Bila saya buka FB , saya nak cek profile awak.
hati saya hancur lagi.

Awak dah remove saya.

Bila saya cek FB awak gune account kawan saya ,
wall awak penuh komen-komen awak dengan kawan awak.
takda satu pun berkaitan dengan saya.

Betapa tak bermaknanya saya di mata awak.

Saya semakin sakit. Pedih.

Tiada lagi senyuman awak untuk menghiasi hari saya ,
Tiada lagi gelak tawa awak untuk menceriakan hari saya ,
Tiada lagi keletah nakal awak untuk mengindahkan hari saya.

Tiada.

Semua sudah semakin hilang.

Di sini , saya coretkan segala kepedihan hati saya.
berharap awak faham dan peduli.
tapi mungkin awak tak ambil kisah pun.
saya tau saya tiada makna dalam hidup awak ,
tapi awak adalah salah seorang yang saya sayang,

sangat sayang.

Saya takkan berhenti berharap , semua ini hanya mimpi ngeri ,
saya takkan berhenti berharap yang mimpi ini akan berakhir ,
saya takkan berhanti berharap yang saya akan sedar dari mimpi ini.
dan lalui hari-hari macam kita biasa lalui sama-sama.

Yakinkan saya yang semua ini hanya mimpi, kan ?

Ketahuilah , saya sentiasa ada untuk awak ,
kalau-kalau awak nak luahkan perasaan ke ,
nak minta pendapat ke ,
nak kacau-kacau ke ,
nak manja-manja ke ,
saya ada . sentiasa ada.

tapi awak mungkin takda untuk saya.

ke mana saya nak bawa hati yang lara ini ?
ke mana ?? kepada siapa ??

Awak , datanglah semula kepada saya.
semntara masih ada waktu.
saya tunggu , selagi mampu.

Saya sayang awak !

Wassalam .

Yang benar ,
saya yang sedang terluka.

p/s : tinggalkan saja saya kalau itu yang membahagiakan awak, tawtaw (:

.? Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

1 comment:

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3