Saturday, March 26, 2011

doa-doakanlah :)

salam.

haha, ni bukan entry apa un, just nak ekspresikan kepenatan & kepuasan merentas desa aka larian saujana.

douh, terbaik., orang pertama mendahului masa awal2, tapi akhirnya belakang juga.
baru se-dua meter dah pancit , urgh.

running like in hell yeah.
sumpah stamina tak cukup, tu lah, duduk umah berlingkar atas katil jep.

seminggu sebelum larian saujana ,,

" Aku nak medal weh ! "
" Aku rasa cam boleh dapat ar "
" Rumah Biru go go ! "
" Aku nak dapat numbe 15 macam dia "
" Tak kira, nak medal! 13 tahun 29 hari idup tak penah dapat agy :( "

time lari ,,

" Byebye medal "
" Tak payah laa lari, takda harapan dah "
" kauorang rumah Biru, pegilahh "
" Hai, mimpi apa aku nak numbe 15 "
" Hem, tambah lagi setahun laa tak dapat "

kemudian tersentak.

Najwa, mana terbang semua semangat kau ?
biarlah kau kalah weh, asalkan kau buat yang terbaik.
kau tak boleh putus asa sekarang Najwa, jangan !
biar kalah, asal tak mengalah.
kau nak orang sekeliling kau kecewa ?

memang perang psikologi habis .

kaki, gagahkan dirimu berlari, jangan berhenti.
minda, berikan semangat agar hilang penat.
Najwa, jangan putus asa ! !

lari lari, terjumpa Khalidah.
oh, ada geng borak jap, layanz.
Idah dah macam peningpening lalat.
macam nak muntahmuntah pun ada.
aku plak dah gila riisau.

" Wei, jangan paksa diri kau lari ! "

tapi tak. dia tetap lari. tak peduli pening, nak muntah semua.
dan aku, kehilangan kata - kata.
' Hebatnya semangat dan kesungguhan dia '

" Najwa, nanti nak dekat sekolah, kita pecut "

Idah, masa-masa macam ni, kau masih lagi berharap?
kau tetap berusaha, demi diri kau dan rumah Biru,
tapi aku ? aduhh.

Aku mula dapat semangat balik.
dia pun suruh aku pergi.
okay, demi kau dan rumah Biru weh.
aku berusaha.

aku teruskan larian.
aku semakin menghampiri pintu pagar sekolah.
orang depan dah terlelah.
aku ? pecut Najwa, pecut !
dan yea, aku pecut.

dan masa tu lah,
aku rasa macam dunia aku yang punya.

sampai depan pintu pagar, cikgu bagi kad nombor.
guess what ? 49 . OMG.
aku dah gembira gila. hilang semua penat.
mungkin 49 ni teruk pada kauorang, tapi ,
sekurang-kurangnya aku dapat sumbangkan mata tuk umah Biru.
mungkin belum rezeki aku dapat medal.

semasa berlari, terdetik dalam hati aku,

Najwa, kau memang takada bakat berlari,
tahun depan sungguh aku tak pergi lagi,
tak sanggup aku berpenat di sini,
sedangkan cuma dapat gigit jari.

tapi, setelah dapat nombor 49

Larian saujana, nantikan aku !
InsyaAllah tahun depan ada medal aku,
kalaupun aku masih lagi tak mampu,
akan kuberusaha hingga ke akhir waktu.

hahah, cam haper :P
kbye, barakallah, salam :)

* 1-3 : dapat medal & hamper
* 4-25 : medal
* 26-50 : ada mata/markah
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah selesai. Ada ape-ape nak share? ^^

No comments:

Post a Comment

Seronok baca ?
Tinggal-tinggalkanlahh komen !
Dapat pahala , hehe :3